KAMI GENG SUKA IKAN KELI

SEKALUNG BUDI BUAT TUAN ROSLY BIN ABD. JALIL,PROGRAM KO-KURIKULUM AKUAKULTUR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA



Jutaan terima kasih ingin saya ucapkan pada Encik Rosly Bin Abd. Jalil.Walaupun tidak pernah bersua muka tapi insan yang berhati mulia ini sentiasa menjawab persoalan dan permasalahan berkenaan pembenihan ikan melalui khidmat pesanan ringkas yang pihak saya ajukan pada beliau.Encik Rosly merupakan
Ketua Daerah Perikanan Daerah Kota Setar.Beliau juga merupakan Pensyarah jemputan untuk program ko-korikulum akuakultur Universiti Utara Malaysia. Semoga semakin ramai pegawai kerajaan yang mempunyai sifat terpuji dan profesional seperti yang dipamerkan oleh beliau.

Di sini saya ingin berkongsi tips-tips berguna yang diberi oleh beliau:
  • Walaupun benih keli yang menetas berlainan hari tapi masih boleh dilepaskan pada kolam tanah yang sama asalkan saiz benih tidak terlalu berbeza.
  • Kewujudan moina dalam kolam tanah bergantung pada induk/benih moina dalam air yang dipam masuk.Selain itu faktor cahaya matahari turut memainkan peranan dalam pembiakan moina dalam kolam tanah.Untuk membiak moina dengan cepat cedok moina liar pada waktu subuh.
  • Bagi kolam tanah yang bersaiz 15x20 kaki ke atas tidak perlu air inflow dan outflow.
  • Bagi penyediaan kolam, tabur baja dan masukkan air selepas 2 hari masukkan rega ikan.
  • Sewaktu dalam kolam tanah,suhu di bawah 27 celcius adalah memudaratkan benih.
  • Antara sebab kuantiti ikan yang dicapai kurang memuaskan adalah kerana faktor hujan,kuantiti baja dalam dasar kolam tidak mencukupi,moina tidak berkembang biak,tidak melakukan prose grading serta kanibalism.
  • Rega yang hendak dilepaskan dalam kolam tanah terus dilepaskan menggunakan paip dan tidak perlu menggunakan jaring untuk mengelakkan "stress" pada benih.
  • Umur yang sesuai untuk masukkan benih dalam kolam tanah adalah antara 4 hari ke 14 hari.
  • Lepas seminggu perlu grading.Asingkan benih saiz super grow/saiz besar menggunakan jaring.
  • Selepas 2-3 minggu dalam kolam tanah boleh mengutip hasil.
  • Makanan yang diberi pada benih dalam kolam tanah hanya sekali sehari.
  • Air yang ditakung dalam kolam tanah adalah antara 1-2 kaki sahaja.

22 comments:

Rina Azam said...

memang seorang jurulatih ko-k yang komited... tips yang diberikan mmg berguna n slalu membantu :)

KELI OH KELI said...

Semoga beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..amin.

dya adriza said...

tips yang berguna.. mesti en. rosly seorang yang sgt berpengalaman ^^

KELI OH KELI said...

ya dya..memang ilmu yang berguna yg diberi oleh beliau..

Amyna said...

Banyak info berkaitan keli.. bagus3x. Encik Rosli tu duk kat loq staq na.. pren lak duk mana?

KELI OH KELI said...

x pasti pulak en rosly dok kat mana...tapi yang pasti saya diam dekat Pulau Pinang... :P

Unknown said...

tuan blog ni memang banyak pengetahuan berkaitan ikan keli. selama ni syaa tahu makan jer.. baca entry kat blog ni, tahu lah serba sikit pasal ikan keli

KELI OH KELI said...

Mata Hati...saya ni x lah tahu banyak sangat..cuma berkongsi mana2 yang saya tahu..

Cik Puan iLa said...

salam perkenalan...Cik Ila follow blog ni...
suke sgt mkn ikan keli..sedap! :)

MEGAT ISKANDAR ZULKARNAIN said...

cerita si ikan keli terbaikk!!
tabik spring~

haria_penang said...

ya....sempoi...keep it up bro!!!

KELI OH KELI said...

cik ila...ya salam ukhwah...

iskandarzulkarn9....terima kasih jua...

haria penang...moga skuad penang mantap next season...yeyeahhhhhhhhhh...

sahromnasrudin said...

as salam ziarah..pertama kali menjejak kaki ke sini..blog yang penuh info..tahniah!!!

KELI OH KELI said...

salam ukhwah sahromnasrudin....terima kasih.

hans said...

moina tu apa?

P/S : Blog Gua Kena Tegur Oleh Blogger

KELI OH KELI said...

Moina merupakan sejenis zooplankton yang biasa digunakan dalam pemakanan anak ikan air tawar. Ia juga mendapat gelaran popular iaitu "kutu air" di mana moina biasanya hidup di kawasan semula jadi seperti d dalam air sungai, air mata air, air lombong atau air parit yang bersih.

Anonymous said...

mintak tlg dia ajar ternak ikan kelisa lak hehe..

KELI OH KELI said...

pergh...kaya raya la lepas tu....

Hang Keli said...

Salam, mmg mantap tips2 nie..guwa nak tanya kt dasar kolam tanah sll org buat mcm mna? ada tips2 nak elakkan keli bercucuk tanam(korek tanah)?hu

KELI OH KELI said...

Hang Keli...

Dasar kolam tanah biasanya diletakkan harpa.
Harpa sejenis jaring seperti kelambu nyamuk.
Selain itu,letak air inflow di tengah kolam tanah..ini bagi menarik perhatian ikan bagi bermain atau berenang di tengah dasar kolam.

Hang Keli said...

Harpa? Oo..boleh dapat kt mna? kdai hardware ada?
ada masa teringin nk g melawat projek keli bro..tq 4 de info

KELI OH KELI said...

x semua kedai hardware ada...biasanya penternak guna jaring yg warna biru..senang ckp jaring yg utk tetas benih tu...tp ada juga yg pakai jaring hijau tu..konsep asas sebagai lapik kat bawah dasar tanah tu...

ya..saya mengalukan kedatangan saudara...anytime...call me ya... :)

ORDER SEKARANG !

ORDER SEKARANG !
OVAPRIM ( UNTUK PEMBENIHAN IKAN)

PROMO PET

PROMO PET
Sugar Glider

African Grey

Ferret

Zebra Finches

Kuang Emas

Ball Python

Indian Ringneck

MENU ISTIMEWA

MENU ISTIMEWA
ikan keli sambal

nasi kerabu ikan keli

keli cicah sambal belacan

fillet ikan keli

keli lemonade

ENTRY POPULAR

ANDA PENGUNJUNG KE

USYAR2 SINI

Klip Pusat Ternakan Keli oh Keli

Related Posts with Thumbnails
Komuniti Bloggers Penang

THE OLD FREES

THE OLD FREES

KELI OH KELI